Thursday 2 October 2008

SEJARAH PAKSI

Pusat Khidmat sosial Islam (PAKSI) diasaskan pada 10 oktober 1993 oleh Almarhum Ust. Haji Suhaimi bin Haji Ahmad. Objektif penubuhannya ialah berusaha ke arah menyatupadukan masyarakat Islam melalui pengajian ilmu agama khususnya ilmu Hadis, memberi bantuan dan pertolongan kepada masyarakat melalui aktiviti kebajikan di samping menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjalankan aktiviti sosial.

Bermula dengan kelas pengajian di Dewan Bangunan Serbanika Alor Setar, dengan kehadiran seramai 34 orang pada tahun 1993, kini ianya menjangkau lebih 500 orang di Dewan Bangunan Zakat Alor Star. Malah kelas pengajian seumpama itu berkembang pesat di 5 lokasi yang lain. Setiap minggu tidak kurang dari 2000 orang mengikuti kelas pengajian yang di jalankan secara percuma di enam lokasi seluruh Malaysia.

Kelas pengajian yang dijalankan ini juga dapat membuka ruang dan peluang kepada para ilmuan islam untuk menyebarkan ilmu di enam lokasi tersebut. Tenaga awal adalah Y.Bhg Dato’. Baderuddin Hj. Ahmad (Pensyarah KUIN, juga Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah) yang mengajar Kitab Shohih Al-Bukhari bersama Ustaz Suhaimi. Kini tidak kurang dari 40 orang para ustaz dan ilmuan islam menyampaikan kuliah mereka kepada masyarakat melalui kelas pengajian secara bergilir.
Jenis Operasi :
- Kuliah Hadis pertama pada 10 Oktober 1993
- Kuliah mingguan pada setiap hari Jumaat
- Tenaga pengajar ialah Dato’ Syeikh Baderuddin bin Hj. Ahmad (Kitab Sohih Bukhari) dan Syeikh Ahmad Fahmi Zam-zam (Kitab Sohih Muslim).
- Kitab Hadis Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dijadikan kitab untuk pengajian.
- Tempat pengajian dijalankan di Pusat Tuisyen Specialist Bangunan Serbanika, Jalan Sultan Badlishah, Alor Star, Kedah
- Kelas pengajian ini dijalankan secara percuma.
Objektif penubuhan PAKSI
1.1 Mengajak , membimbing masyarakat untuk menegakkan syariat Allah dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara melalui program ilmu, kebajikan, kemasyarakatan dan kemanusiaan serta lain-lain aktiviti yang tidak bercanggah dengan syarak juga undang-undang negara
1.2 Mengembelingkan seluruh tenaga dan kemampuan yang ada pada masyarakat Islam tanpa mengira status kedudukan, pangkat dan fahaman politik bagi membentuk ukhuwah islamiah yang sejati.
1.3 Membela dan mempertahankan Islam seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan Undang-undang Tubuh Kerajaan-kerajaan Negeri di Malaysia, tanpa menafikan hak tiap-tiap kaum dan ras untuk mengamalkan Ugama dan kepercayaan mereka masing-masing seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.
1.4 Menggabungkan para ulamak bagi menjana kekuatan ulamak dan memartabatkan mereka seperti yang dituntut oleh Islam
Motto PAKSI : Kebajikan Amalan Berwawasan
Khidmat PAKSI:
1 Keilmuan
2 Kebajikan
3 Kemasyarakatan
4 Kemanusiaan
5 Khidmat kaunseling
6 Lawatan dan ziarah
7 Perunding program agama
Akaun bank
Nama Akaun : Tetuan Pusat Khidmat Paksi
Nombor Akaun : 020-111006-9662
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad. Cawangan Alor Star

No comments: